A- A A+

PENINGKATAN HAD KELAYAKAN BANTUAN GUAMAN

Had kelayakan bantuan guaman penuh telah dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000 melalui Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan Ujian Kemampuan) (Pindaan) 2023 [P.U (A) 128/2023] yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2023. Pemohon yang mempunyai sumber kewangan tahunan antara RM50,001 hingga RM70,000 boleh mendapatkan bantuan guaman tertakluk kepada bayaran sumbangan. Manakala pemohon yang mempunyai sumber kewangan tahunan melebihi RM70,000 perlu mendapatkan kelulusan YB Menteri dan membayar sumbangan sebagaimana ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan)(Pindaan) 2023 [P.U (A) 129/2023].