Majlis Penyampaian Hadiah EKSA Jun 2016

 

Pada 24 Jun 2016 (Jumaat) suatu majlis penyampaian hadiah EKSA telah diadakan semasa Majlis Khatam Al-Quran JBG di Bilik Mesyuarat Utama. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua warga JBG. Pemenang EKSA dipilih berdasarkan permarkahan Audit Dalam EKSA Bil. 1/2016 yang telah dijalankan pada 19 & 20 April 2016 oleh Jawatankuasa Audit EKSA. Senarai pemenang adalah seperti yang berikut :

Ruang Kerja Terbaik : Puan Riffa Zamrud binti Rashid

 

Bilik Pegawai Terbaik : Tuan Mohd Syafiq bin Ibrahim

Zon Terbaik : Zon Mutiara

Anugerah Amalan Hijau & Kategori Hasil Kreativiti Terbaik : Zon Zamrud

Ceramah Undang-Undang Syariah JBG Sibu

Jabatan Bantuan Guaman Sibu telah mengadakan ceramah undang-undang Syariah pada 10 Ogos 2016 di Masjid Nurul Islam, Kampung Gelam, Sarawak.

     

Terima Kasih kepada semua kakitangan JBG Sibu yang telah terlibat.

Pengenalan Peguam Panel

Peguam panel Jabatan Bantuan Guaman ialah peguam-peguam swasta, terdiri daripada Peguambela dan Peguamcara yang mempunyai sijil amalan guaman yang sah dan telah dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman untuk mengendalikan kes-kes sivil dan syariah yang diserahkan oleh pihak Jabatan dengan kadar bayaran tertentu yang akan ditanggung oleh pihak Jabatan.

Jenis-jenis kes yang boleh diserahkan kepada peguam panel ialah;

  1. Kes-kes di mana sekiranya kedua-dua pihak layak untuk mendapat bantuan guaman.
    Pengarah Jabatan Bantuan Guaman tidak boleh mewakili atau bertindak bagi mana-mana pihak atau kedua-dua pihak kepada pertikaian berkenaan.
  2. Kes-kes yang melibatkan isu undang-undang yang rumit dan kompleks.
  3. Kes-kes lain yang boleh menyebabkan wujudnya percanggahan kepentingan sekiranya diwakili oleh Jabatan Bantuan Guaman.
  • 1
  • 2