Lawatan YBhg. Datuk Haini binti Hassan ke Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pada 29 November 2017, Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Bantuan Guaman. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi meninjau perkembangan pelajar-pelajar dari Universiti Malaya yang terlibat dalam program kolaborasi yang julung-julung kali diadakan di antara Jabatan Bantuan Guaman dan Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya. YBhg. Datuk juga mengadakan perbincangan bersama Pengarah JBG WPKL dan juga pelajar-pelajar yang terlibat bagi mendapatkan input serta cadangan penambahbaikan bagi program tersebut.

1  

1  3  4  5