Mesyuarat Penyelarasan antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Mesyuarat Penyelarasan Antara Jabatan Bantuan Guaman Dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bil 2/2019 telah diadakan pada 29 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Putrajaya. Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan mengenai Maklum Balas Minit Mesyuarat Bil 1/2019, Pembentangan Status Kes Bantuan Guaman Syarie Kendalian JBG Kuala Lumpur, Penyertaan Kumpulan FIAT JUSTITA Di Dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan Perdana Menteri Tahun 2019 dan cadangan bagi mengadakan seminar undang-undang serta majlis penyerahan mock cek bagi sumbangan dana MAIWP kepada JBG.

 

Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah dihadiri oleh:

  • Puan Aniza binti Abdullah (Pengurus Unit Audit Dalam)
  • Tuan Mohamed Zaid bin Mohamed Azlan (Pegawai Undang-Undang)
  • Ahli kumpulan KIK

 

1

 

2