A- A A+

Pembentangan Kertas Cadangan Kolaborasi antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

(a)  Nama Program :

 

Pembentangan Kertas Cadangan Kolaborasi antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk menambaik baik perkhidmatan bantuan guaman di Negeri Melaka

 

(b) Tarikh Program :

 

8 Oktober 2019

 

(c) Masa

 

2.30 petang

 

(d) Wakil Jabatan

a) Puan Siti Salwa binti Musa 

    Ketua Pengarah JBG

b) Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab

    Timbalan Ketua Pengarah (Syariah)

 

Jabatan Bantuan Guaman telah membuat pembentangan kertas cadangan kolaborasi antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada 08 Oktober 2019 bertempat di Aras 4, Bilik Mesyuarat MMKN, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Pembentangan ini adalah untuk memberi penerangan Cadangan Kerjasama Antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) untuk menambahbaik perkhidmatan bantuan guaman Malaysia.

JBG telah diwakili oleh Puan Siti Salwa binti Musa (Ketua Pengarah) dan Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) dalam pembentangan kertas cadangan ini. Pegawai JBG yang turut serta hadir bersama ialah Puan Mazlina binti Hussain (Pengarah Litigasi dan Nasihat (Syariah), Tuan Saharuddin bin Selamat (Pengarah Pengantaraan (Syariah) dan Puan Nurmadiana binti Mamat (Pengarah JBG Negeri Melaka).

Pembentangan ini telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka yang dipengerusikan oleh YAB Tuan Hj. Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka.

1

4

2 3