Laporan program kolaborasi bersama agensi kerajaan dan bukan kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Selangor (“JBGS”) telah dijemput ke Jabatan Pendaftaran Negara, Selangor (“JPN”) bagi sebuah program promosi serta perkongsian maklumat (“Program”) antara JBGS dan JPN. Butiran Program adalah seperti berikut:

 

Tajuk  : Perceraian Sivil Di Bawah Akta Membaharui Undang- Undang 1976 [Akta 164], Pendamping Guaman dan Perintah Pengangkatan
Tarikh 11 Februari 2020
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat JPN, Tingkat 7, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.
Jenis Program : Ceramah

 

Para peserta telah diterangkan mengenai prosedur & undang-undang berkaitan perceraian orang bukan Islam, Pendamping Guaman dan Perintah Pengangkatan. Selain itu, para peserta juga telah dijelaskan mengenai fungsi utama dan bidang kuasa am Jabatan Bantuan Guaman. Seramai tiga belas (13) orang peserta yang antaranya terdiri daripada Pengarah dan pegawai-pegawai JPN telah hadir ke Program tersebut. Dalam Program ini, pihak JPN juga telah berkongsi maklumat mengenai prosedur dan tatacara Tribunal Perkahwinan peringkat JPN.

1

2

3