A- A A+

Litigasi

Prosiding Jenayah, Sivil dan Syariah


JBG juga menyediakan perkhidmatan bantuan guaman berkenaan apa-apa prosiding mahkamah kepada warganegara Malaysia yang layak di bawah Akta Bantuan Guaman 1971.

 

Jadual di bawah menunjukkan had kelayakan orang yang dibantu berhubung perkhidmatan bantuan guaman dalam perihal prosiding jenayah, sivil, dan syariah serta fi dan sumbangan yang dikenakan:-

Kategori Sumber Kewangan Pendaftaran
Sumbangan
Pertama RM50,000 setahun dan ke bawah RM10 -
Kedua RM50,001 hingga RM55,000 setahun RM10 RM500 – RM2,000
Ketiga RM55,001 hingga RM60,000 setahun RM10 RM2,001– RM3,000
Keempat RM60,001 hingga RM70,000 setahun RM10 RM3,001– RM4,000
Kelima

RM65,001 hingga RM70,000 setahun

RM10 RM4,001– RM5,000
Keenam

Melebihi RM70,001 setahun

(perlu mendapat kelulusan Menteri)

RM10 RM5,001-RM50,000

 *tertakluk kepada terma dan syarat

 

i) Prosiding Jenayah

Khidmat bantuan guaman dalam kes jenayah adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Bantuan Guaman 1971 yang meliputi kes-kes:

  1. Semua prosiding jenayah yang tertuduh dan kanak-kanak tidak diwakili oleh peguam mengaku salah kepada pertuduhan dan ingin membuat mitigasi untuk meringankan hukuman berkenaan dengannya;
  2. Prosiding jenayah terhadap kanak-kanak di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]; dan
  3. Prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].

 

ii) Prosiding Sivil

Bantuan guaman dalam tindakan sivil adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta Bantuan Guaman 1971 yang meliputi kes-kes sivil berikut:

  1. Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950 [Akta 263]
  2. Prosiding di bawah Ordinan Nafkah 1959 (Sabah No. 7 tahun 1959)
  3. Prosiding di bawah Ordinan Perkahwinan Adat Bumiputera Sarawak (Nafkah) 2003 [Bab 55]
  4. Prosiding di bawah Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi Penguatkuasaan) 1949 [Akta 34] untuk perintah sementara
  5. Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 [Akta 356]
  6. Hak dan tanggungan mengenai prosiding perceraian dan jagaan
  7. Hak dan tanggungan di bawah Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]
  8. Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Pengangkatan 1960 (Sabah No. 23 tahun 1960)
  9. Prosiding di bawah Ordinan Pengangkatan Sarawak (Bab 91)
  10. Hak dan tanggungan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]
  11. Permohonan Probet dan Surat Mentadbir Pusaka
  12. Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Probet dan Pentadbiran 1947 Sabah (Bab 109)
  13. Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka Sarawak (Bab 80)
  14. Hak dan tanggungan di bawah Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 [Akta 528]
  15. Hak dan tanggungan mengenai tindakan sivil bagi ganti rugi yang berbangkit daripada kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor yang termasuk dalam pengertian Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]
  16. Hak dan tanggungan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400]
  17. Hak dan tanggungan mengenai prosiding yang berhubungan dengan penyewaan
  18. Hak dan tanggungan di bawah Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212]
  19. Tuntutan pengguna
  20. Permohonan perintah anggapan kematian
  21. Prosiding di bawah Akta Penjagaan Budak 1961 [Akta 351]
  22. Prosiding di bawah Ordinan Penjagaan Kanak-Kanak Sarawak (Bab 93)
  23. Prosiding di bawah Ordinan Penjagaan Kanak-Kanak Sabah (Bab 54)

iii) Prosiding Syariah

Bantuan guaman dalam prosiding syariah merangkumi:

  1. Prosiding yang berhubungan dengan pertunangan (ganti rugi), wali hakim, nafkah, jagaan, perceraian, hutang perkahwinan, mutaah dan harta sepencarian termasuk prosiding yang berhubungan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan bagi prosiding-prosidng tersebut.
  2. Prosiding yang berhubungan dengan alang semasa hidup (hibah) dan wasiat.
  3. Permohonan anggapan kematian bagi pembubaran perkahwinan.