A- A A+

Pekerja Contoh Oktober 2019

 

1)

marina okt

Nama  Marina binti Abdul Rahman
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat
Jawatan / Gred : Pegawai Undang-Undang Gred L44(M)

Pencapaian

:

Pegawai merupakan seorang yang cekap, proaktif dan bijak dalam melaksanakan tugasan sehariannya. Beliau bertanggungjawab dalam mengendalikan khidmat nasihat undang-undang, menyediakan laporan KPI, statistik pendaftaran dan penyelesaian bagi tuntutan kos kes-kes syariah di seluruh Malaysia. Beliau aktif dalam aktiviti sumbangan luar seperti menjadi Setiausaha Jawatankuasa Naziran JBG dan Ahli Kumpulan Inovasi dan Kreatif JBG-MAIWP sehingga berjaya mendapat tempat Ketiga Kategori Hybrid dalam Anugerah Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPM 2019. Beliau akan sentiasa memastikan pelanggan berpuashati dengan khidmat nasihat yang diberikan serta berjaya menyelesaikan kes-kes di MRS Kuala Pilahdapat diselesaikan sebelum Disember 2019. Sikap yang sanggup menerima cabaran dalam tugasan yang diberikan dapat dijadikan contoh kepada pegawai dan kakitangan lain.

     

 

2)

ardia okt

Nama  Ardia Farizan binti Ab Talib
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (P/O) N22

Pencapaian

:

Pegawai merupakan seorang yang berfikiran kreatif, inovatif serta sering mencetuskan idea-idea yang bernas untuk diaplikasikan bagi manfaat Jabatan. Beliau sentiasa akan memastikan kerja yang dilaksanakan memenuhi KPI yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Beliau telah berjaya mencipta idea dan memperkenalkan satu sistem Jadual Petugas Kaunter di JBG Pulau Pinang agar lebih sistematik dan berkesan. Beliau juga merupakan satu-satunya ahli ERT wanita dalam Pasukan Tindakan Kecemasan/Emergency Response Teams (ERT) di Bangunan Persekutuan Jalan Anson, Pulau Pinang. Pegawai ini memiliki keperibadian yang baik dan mudah mesra serta seorang yang rajin, berfikiran positif dan bermotivasi tinggi dan dapat dijadikan contoh kepada pegawai dan kakitangan lain.

     

 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan