PERBINCANGAN JALINAN KERJASAMA ANTARA JABATAN BANTUAN GUAMAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN JABATAN PEMBANGUNAN WANITA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM) DI UTC PUDU

Pada jam 3.00 petang, 26.05.2017 (Jumaat), Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBG WPKL) telah dijemput oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Pengarah PPWWPKLP) untuk hadir ke sesi perbincangan mengenai jalinan kerjasama dalam memberi perkhidmatan perundangan bagi golongan ibu tunggal dan wanita. Pihak PPWWPKL ingin mewujudkan satu Pusat Sehentian (One Stop Centre) di mana kepakaran dan perkhidmatan perundangan daripada JBG WPKL adalah diperlukan bagi membolehkan golongan ibu tunggal dan wanita mendapat maklumat lebih lanjut mengenai hak-hak mereka di sisi undang-undang. Perjumpaan selama 1 jam tersebut telah membincangkan perancangan dan penyelarasan peringkat awal bagi kerjasama yang akan dilaksanakan kelak. Perbincangan dihadiri oleh Pengarah PPWWPKLP, Encik Mohamad Sani bin Abdul Rahman, Pengarah JBG WPKL, Cik Edora binti Ahmad, Timbalan Pengarah PPWWPKLP, Puan Rosemary Anak Hepburn Toho, dan En Azrul dan Puan Norzeha daripada JBG WPKL.

Mesyuarat      Mesyuarat