Page 2 - Buku JOW
P. 2

Program  Justice  on  Wheels  (“JoW”)  merupakan  komitmen






                                      Kerajaan MADANI dalam memberikan akses kepada keadilan bagi






                                      setiap  lapisan  masyarakat  tidak  kira  di  mana  mereka  berada.  Ini






                                      bermakna  Program  ini  memberi  manfaat  kepada  rakyat  yang






                                      tinggal  jauh  di  pedalaman  dalam  mendapatkan  perkhidmatan






                                      bantuan  guaman  yang  diberikan  oleh  Jabatan  Bantuan  Guaman







                                      (“JBG”). Sesuai dengan cogan kata JBG iaitu “yang jauh didekati,






                                      yang sulit disantuni”.














                                      Untuk memulakan Program ini, Kerajaan MADANI pada 2023 telah






                                      meluluskan  peruntukan  di  bawah  Inisiatif  Belanjawan  2023






                                      (Peruntukan B11) kepada JBG bagi membuat perolehan sebanyak







                                      3  van  JoW  yang  diubah  suai  secara  khusus  menurut  keperluan






                                      JBG. Tempoh perolehan dan ubah suai telah mengambil masa 6






                                      bulan  pada  tahun  2023  dan  ketiga-tiga  van  telah  diserahkan






                                      kepada  JBG  pada  22  Disember  2023.  Ubahsuai  khusus  yang






                                      terdapat di dalam van JoW ini adalah:













                                       (i)                ia  dilengkapi  dengan  generator  berkapasiti  tinggi  bagi






                                                          membolehkan  semua  peralatan  elektrik  yang  dilengkapi  di






                                                          dalam van (antaranya penghawa dingin, televisyen dan plug






                                                          elektrik) tetap boleh berfungsi walaupun berada di kawasan






                                                          tiada bekalan elektrik;














                                      (ii)                terdapat 2 ruang khidmat nasihat bagi membolehkan 2 orang







                                                          pegawai JBG dan 2 orang awam berurusan pada masa yang






                                                          sama;














                                     (iii)                terdapat kaca pemisah antara pegawai dan orang awam bagi






                                                          memberikan penjarakan yang bersesuaian;















                                      (iv)                terdapat televisyen yang boleh diubah alih bagi menyiarkan






                                                          rakaman literasi undang-undang untuk tontonan orang awam






                                                          yang menunggu giliran; dan
   1   2   3   4   5   6