Page 5 - Buku JOW
P. 5

Manakala majlis pelancaran van JoW Sabah telah dibuat di Dewan






                                      Gawir,  Kampung  Madsiang,  Penampang,  Sabah  pada  25  Januari






                                      2024.  Majlis  pelancaran  van  JoW  Sarawak  dibuat  di  Bangunan






                                      Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak pada 20 Mei 2024.














                                      Proses  mendapatkan  khidmat  nasihat  semasa  program  JOW







                                      adalah  sama  seperti  klinik  guaman  di  reruai  atau  dewan  awam






                                      yang  telah  diadakan  sebelum  ini.  Pelanggan  yang  hadir  perlu






                                      mengisi borang khidmat nasihat dan membayar fi khidmat nasihat






                                      sebanyak  RM10  sebelum  berjumpa  dengan  pegawai  bertugas






                                      yang  ditempatkan  dalam  van  bergerak  tersebut.  Bagi  menjamin






                                      kerahsiaan  di  antara  pegawai  dan  pelanggan,  sebarang  rakaman







                                      tidak dibenarkan semasa khidmat nasihat berlangsung.














                                      Bagi satu sesi khidmat nasihat di dalam van, dianggarkan 16 orang






                                      awam boleh diberikan khidmat nasihat bagi 8 jam perkhidmatan






                                      oleh  seorang  pegawai.  Kadar  purata  masa  satu  khidmat  nasihat






                                      beserta penelitian dokumen yang dibawa oleh orang awam adalah






                                      30 minit. Semasa khidmat nasihat, penelitian ujian kelayakan dan







                                      ujian  merit  juga  akan  dijalankan  bagi  mereka  yang  berhasrat






                                      memohon untuk bantuan guaman.














                                      Kod QR yang ditampal di sisi dan belakang van akan memudahkan






                                      orang awam untuk mendapatkan informasi program JoW ini dan






                                      mengakses  Gerbang  iGuaman  di  mana  pautan  pantas  kepada







                                      perkhidmatan dalam talian JBG telah disediakan.














                                      Bagi  pihak-pihak  yang  berminat  dan  memerlukan  JoW  hadir  ke






                                      lokasi  di  mana  pihak-pihak  berada,  sila  buat  permohonan  di






                                      sistem  eKlinik  6G  atau  boleh  membuat  permohonan  langsung






                                      kepada  cawangan  JBG  negeri  masing-masing.  Sekiranya  masih






                                      mempunyai slot yang berkelapangan, JoW akan datang ke tempat







                                      yang dipohon.
   1   2   3   4   5   6