Page 3 - Buku JOW
P. 3
(v) terdapat rak yang menempatkan semua pamplet literasi
undang-undang terbitan JBG untuk bacaan dan edaran orang
awam.
Peralatan yang disediakan di luar van adalah seperti yang berikut :
(i) terdapat bumbung kajang yang boleh dibuka secara automatik
bagi membolehkan pegawai yang menguruskan pendaftaran
dan orang awam berteduh sebelum dibenarkan masuk ke
dalam van untuk khidmat nasihat;
(ii) terdapat satu set meja dan bangku mudah alih yang boleh
digunakan oleh orang awam duduk di luar van bagi menunggu
giliran khidmat nasihat; dan
(iii) terdapat satu penyaman udara mudah alih yang boleh
diletakkan di luar van bagi keselesaan orang awam yang
menunggu giliran.
Untuk makluman, pemilihan nama Justice on Wheels dan logo
yang terdapat di badan van telah mendapat sentuhan peribadi
dan idea YB Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),
iaitu YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.
Di dalam Pelan Strategik Jabatan Bantuan Guaman 2024 hingga
2028, di bawah Teras Strategik 1 (meremajakan perkhidmatan
bantuan guaman), Strategi 2 (menyebarluaskan penyampaian
perkhidmatan bantuan guaman kepada golongan sasaran),
Program 1 (mengadakan klinik guaman/ literasi undang-undang),
sebanyak 15 program JoW perlulah dilaksanakan pada setiap
tahun dari tahun 2024 sehingga 2028. Justeru, sepanjang 5 tahun,
JBG menyasarkan sebanyak 75 program JoW akan dilaksanakan.