Klinik Guaman kepada warga Dungun, Terengganu
13 Februari 2024 - JBG Terengganu telah mengadakan Klinik Guaman kepada warga Dungun bertempat di Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun, Terengganu. Sesi khidmat nasihat undang- undang dan juga pendaftaran kes kepada yang layak untuk diwakili di Mahkamah telah berjaya dijalankan. Pihak JBG Terenggganu merakamkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Dungun diatas kolaborasi berterusan bersama JBG untuk bantuan guaman kepada masyarakat.