Mesyuarat Pengarah Negeri JBG Bil 1/2024
Mesyuarat Pengarah Negeri JBG Bil 1/2024 telah berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac 2024 bertempat di Dewan Saksama, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Putrajaya. Ahli mesyuarat terdiri daripada Pengurusan Tertinggi JBG, Pengarah Negeri, Ketua Cawangan JBG serta beberapa orang pegawai dari Ibu Pejabat. Mesyuarat ini turut membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh JBG Negeri dan Cawangan secara holistik dan sebagai satu platform perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam usaha meningkatkan tahap profesional pegawai. Ia juga turut menggabungkan pengetahuan teori dan praktikal dalam pengurusan dan pengendalian kes.