Mesyuarat Penyelarasan Penyaluran Dana Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG)
3 Julai 2024 (Rabu) - Mesyuarat Penyelarasan Penyaluran Dana Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Utama JBG yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JBG YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi. Mesyuarat ini dihadiri Timbalan Ketua Pengarah JBG serta pengarah-pengarah bahagian JBG. Pihak LZNK diwakili Ketua Pegawai Agihan LZNK YBrs. Tuan Mohamad Suraidi bin Saad dan Ketua Divisyen Agihan Zakat YBrs Tuan Abdul Hadi bin Abdul Majid. Mesyuarat ini membincangkan dan melaporkan status dana Skim Bantuan Guaman Syarie sumbangan LZNK yang melibatkan pengendalian kes-kes syariah bagi golongan asnaf di negeri Kedah. Pihak JBG amat berharap agar kerjasama ini dapat di teruskan dan ditingkatkan pada masa hadapan selaras dengan hasrat JBG untuk memudahkan golongan asnaf mendapat akses kepada bantuan guaman secara lebih menyeluruh. Adalah diharapkan agar pertemuan pada hari ini akan dapat memberi idea yang bernas bagi usaha penambahbaikan perkhidmatan dan mendapat kebaikan dalam meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan antara kedua-dua agensi pada masa hadapan | |