Program Pemukiman Mediator Komuniti Negeri Kedah Tahun 2024
Isnin, 12 Ogos 2024, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah dijemput menjadi panel penceramah di dalam Program Pemukiman Mediator Komuniti Negeri Kedah Tahun 2024 anjuran Pejabat Yang Berhormat Exco Perpaduan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kedah yang bertempat di The Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah. Pegawai terlibat adalah Pegawai Pengantara Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah, Encik Yusman bin Abdul Rasjid. Program ini diadakan bertujuan memperkayakan pengetahuan Mediator Komuniti Negeri Kedah dengan ilmu pengetahuan berkaitan mediasi dan perbandingan pendekatan yang diamalkan di Jabatan Bantuan Guaman. Program ini juga telah berjaya melibatkan penyertaan seramai 23 orang di kalangan mediator komuniti dan pegawai pelbagai jabatan. Penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Yang Berhormat Exco Perpaduan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kedah di atas amanah dan kepercayaan yang diberikan.