Taklimat Pemberian Bantuan Guaman Kepada Pemegang-Pemegang Jawatan Utama Badan Peguam Malaysia
14 Ogos 2024, Taklimat Pemberian Bantuan Guaman Kepada Pemegang-Pemegang Jawatan Utama Badan Peguam Malaysia Sesi 2024/2025 telah diadakan di Jabatan Bantuan Guaman Putrajaya. Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman, Dato' Norazmi bin Mohd Narawi yang turut dihadiri oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) dan Pengarah-Pengarah Bahagian, JBG Putrajaya. Badan Peguam Malaysia pula diwakili oleh: 1. Encik Mohamad Ezri bin Abdul Wahab - Yang Dipertua, Badan Peguam Malaysia 2. Puan Murshidah Mustafa - Bendahari, Badan Peguam Malaysia 3. Encik R Jayabalan - Bendahari, Badan Peguam Malaysia 4. Encik Ravi Chandran Subash Chandran - Co-Chairperson, National Legal Aid & YBGK Committee 5. Puan Roshalizawati Muhammad - Co-Chairperson, National Legal Aid & YBGK Committee 6. Encik Collin Arvind Andrew, Co-Deputy Chairperson, National Legal Aid & YBGK Committee 7. Cik Ruhil Amal Abdul Razak - Executive Officer, Bar Council Taklimat ini dimulakan dengan pembentangan berhubung khidmat bantuan guaman jenayah oleh JBG yang telah diberikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah dan disusuli dengan pembentangan oleh Pengurus YBGK, Puan Noramilia binti Mohd Saad dan En. Nurakmal Farhan bin Aziz (Pegawai Eksekutif YBGK) berhubung fungsi dan peranan YBGK serta urus tadbir YBGK. Perbincangan lanjut turut diadakan bagi membincangkan isu-isu berbangkit berhubung hala tuju khidmat pembelaan awam di Malaysia. |
|