jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Program Jelajah Kehakiman (JOW) dan Klinik Guaman Bergerak JBG Sarawak 2024


Sabtu, 24 Ogos 2024, Program Justice on Wheels (JoW) Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sarawak telah berlangsung di Kampung Long Tuan Trusan Lawas, Sarawak dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Johari bin Abdul; Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat. Program juga turut dihadiri oleh dif-dif kehormat termasuklah:

i. YB Tuan Kula M. Segaran A/L V. Murugeson
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)

ii. Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli
Ahli Dewan Negara

iii. Yang Berhormat Dato’ Dr Henry Sum Agong
Ahli Parlimen Lawas

iv. Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

v. Yang Berhormat Datuk Willie Anak Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

vi. Yang Berhormat Dato’ Dr Zulkafperi bin Hanapi
Ahli Parlimen Tanjung Karang

Program dihadiri oleh warga Long Tuan Trusan dengan kehadiran lebih kurang 150 orang termasuklah pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. Program JoW adalah merupakan program khusus untuk menyantuni masyarakat di luar bandar dan pedalaman bagi memberikan khidmat nasihat kepada semua permasalahan undang-undang yang dihadapi oleh mereka sekaligus mewakilkan mereka sebagai anak guam sekiranya memenuhi kriteria serta syarat yang digariskan. Tujuan JoW juga adalah untuk mempromosikan aktiviti JBG seterusnya melonjakkan lagi visi dan misi JBG bagi memberi perkhidmatan guaman yang berkualiti dan profesional bagi menjamin akses kepada keadilan. Pihak JBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak pengurusan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga beroleh manfaat.

JOW LAWAS 1 JOW LAWAS 5
JOW LAWAS 7 JOW LAWAS 9