Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman ke JBG Kelantan
Selasa, 17 September 2024 YBhg Dato' Norazmi Bin Mohd Narawi telah mengadakan lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman ke JBG Kelantan sungguh bermakna buat seluruh warga JBG Kelantan. Suasana hiba juga turut menyelubungi seluruh warga JBG Kelantan yang masih bersedih kerana baru sahaja kehilangan seorang Pegawai Undang-Undang iaitu Puan Wan Nurul Hanini Binti Wan Ahmad Shukry pada 16 September 2024 (Isnin) Majlis Pertemuan bersama warga JBG Kelantan telah dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat kepada arwah sebagai tanda memperingati dan mengenang jasa-jasa arwah sepanjang tempoh perkhidmatan arwah di JBG Kelantan. Lawatan kerja rasmi yang singkat ini banyak perkara yang telah disampaikan kepada seluruh warga JBG Kelantan untuk penambahbaikan perkhidamatan JBG Kelantan untuk memantapkan operasi JBG Kelantan agar rakyat diseluruh negeri Kelantan mendapat manfaat sebaiknya melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bantuan Guaman. |
|