Kursus Kesedaran Keselamatan Pejabat dan Kepentingan Menjaga Data serta Maklumat Pegawai
Isnin, 30 September 2024, Pegawai dan kakitangan Jabatan Bantuan Negeri Johor telah menghadiri kursus Kesedaran Keselamatan Pejabat dan Kepentingan Menjaga Data serta Maklumat Pegawai. Kursus ini dikendalikan oleh Kapten (B) Addy Husszairi bin Husin, Pengarah Keselamatan Kerajaan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Johor. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai aspek keselamatan pejabat serta kepentingan melindungi data dan maklumat sensitif dalam kalangan pegawai kerajaan. |
|