JUSTICE ON WHEEL di Felda Kota Gelanggi 02, Jerantut, Pahang.
24 Oktober 2024, Ahad Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Pahang dengan kerjasama Pengurusan Felda Kota Gelanggi 02,Jerantut telah mengadakan program klinik bantuan guaman bergerak atau dikenali dengan nama ‘JUSTICE ON WHEEL’ di Felda Kota Gelanggi 02,Jerantut,Pahang. Objektif program tersebut adalah untuk mendekati masyarakat setempat dalam usaha JBG menyampaikan maklumat berkaitan khidmat yang ditawarkan oleh JBG dari segi khidmat nasihat dan juga bantuan guaman kepada golongan yang berkelayakan selaras dengan Akta Bantuan Guaman 1971. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk peneroka, ketua kampung, suri rumah dan juga kakitangan Felda dan orang awam. Program dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan peranan dan fungsi JBG yang disampaikan oleh Pegawai Syariah JBG Pahang Puan Safawati binti Ahmad Rohani dan kemudiannya diteruskan dengan sesi khidmat nasihat secara bersemuka bersama penduduk Felda yang berhasrat untuk mendapatkan bantuan guaman JBG. Sekalung penghargaan buat penduduk Felda Kota Gelanggi 02, Jerantut atas segala kerjasama dan juga komitmen dalam menjayakan program ini. | |