Program Jelajah Literasi Undang-Undang SMK Jabi, Pokok Sena, Kedah
Khamis, 7 November 2024 : Program Jelajah Literasi Undang-Undang Sekolah oleh Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena, Kedah. Puan Nabilah binti Md Ruslan, Pegawai Undang-Undang JBG Kedah telah menyampaikan ceramah jenayah seksual kanak-kanak kepada 500 peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5. Program ini memberikan pendedahan dan pemahaman berkaitan perundangan terhadap jenayah seksual di kalangan kanak-kanak serta pengenalan perkhidmatan JBG bagi fungsi pendamping guaman dan mitigasi hukuman. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi di atas kerjasama dalam usaha merealisasikan program ini. | |