jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Pertemuan bersama Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Rabu, 8 Januari 2024 : Satu pertemuan penting telah diadakan antara Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Delegasi ini telah diwakili oleh Tuan Mohd Zaki bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah, Tuan Hardi bin Alias, Ketua Penolong Pengarah dan Tuan Mohd Arip bin Omar, Pegawai Syariah Kanan.
Pertemuan ini telah disambut baik oleh Tuan Mohd Suraidi bin Saad, Ketua Pegawai Agihan, Lembaga Zakat Negeri Kedah. Pihak-pihak berkesempatan membincangkan perkembangan terkini mengenai kes asnaf yang menerima bantuan zakat serta isu-isu berbangkit yang memerlukan perhatian bersama.
Pertemuan ini menyaksikan semangat kerjasama yang kukuh antara Jabatan Bantuan Guaman Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk memastikan setiap individu yang layak mendapat hak mereka melalui bantuan zakat.
Kedua-dua pihak bertekad untuk terus meningkatkan keberkesanan agihan zakat dan memperkukuh peranan mereka dalam membantu golongan asnaf, terutamanya yang berdepan dengan cabaran undang-undang dan perundangan.
472868700 1045970690909872 2365766733527491524 n