Majlis Perisytiharan dan Pentauliahan Peguam Syarie dan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah tahun 2025
Khamis, 9 Januari 2025. Majlis Perisytiharan dan Pentauliahan Peguam Syarie telah diadakan di Dewan Mesyuarat Utama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah. Majlis berlangsung melibatkan peguam syarie yang berkhidmat di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah. Majlis disempurnakan oleh Y.A.A. Dato’ Syeikh Hj. Abd Rahman Bin Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah. Beliau dalam ucapan perasmiannya menekankan betapa pentingnya peranan peguam syarie dalam sistem kehakiman syariah, khususnya dalam memastikan keadilan dapat ditegakkan di kalangan masyarakat Islam yang memerlukan. Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan guaman kepada golongan yang kurang mampu, juga memainkan peranan penting dalam menyediakan khidmat guaman yang berkualiti kepada masyarakat. Pentauliahan sijil amalan ini juga menjadi bukti komitmen jabatan dalam memperkasakan lagi profesion guaman syarie di negeri ini. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan ucapan tahniah buat kesemua peguam syarie Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah yang terlibat dalam majlis pada hari ini.