jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Lawatan YBhg Dato Ketua Pengarah ke JBG Taiping

9 April 2025, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke JBG Taiping. Turut hadir bersama adalah Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Bantuan Guaman, Tuan Mohd Ajmi Bin Osman. Lawatan kerja rasmi ini adalah bagi memantau perkembangan ubahsuai JBG Taiping ke ruang pejabat baharu yang diperolehi di Aras 1, Wisma Persekutuan Taiping.
Satu sesi perbincangan turut diadakan melibatkan JKR Larut Matang & Selama (LMS) yang dihadiri oleh Jurutera Daerah LMS, Ir. Tuan Hambali Bin Ab. Ghani, Eksekutif Bangunan, Puan Norsuhari binti Samsuddin dan Timbalan Pengerusi Wisma Persekutuan, Cik Lizza Imelia Binti Mohd Sulanah. Perbentangan mengenai perkembangan , jangka masa dan maklumat projek ubahsuai telah disampaikan oleh Penolong Pengarah JBG Taiping dan Jurutera Daerah LMS yang mana kerja-kerja pengubahsuaian dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan Mei 2025 dan jangkaan projek selesai adalah pada bulan Oktober 2025.
Diharapkan bahawa proses ubahsuai di Aras 1, Wisma Persekutuan Taiping dapat berjalan dengan lancar mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
JBG Taiping mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ dan Tuan Pengarah BKP diatas kesudian meluangkan masa turut serta dalam sesi perbincangan bersama JKR LMS dan memberikan buah fikiran serta tunjuk ajar bagi menambahbaik cadangan sedia ada untuk ruang pejabat baharu tersebut.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n  
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n