jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Kunjungan Hormat JBG Terengganu ke Pejabat Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu

10 April 2025, Jabatan Bantuan Guaman(JBG) Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YA Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu. Delegasi ini telah diwakili oleh Puan Ain Fadilla binti Md Ali, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Terengganu dan Tuan Mohd Nazri bin Mohd Ariffin, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Bantuan Guaman Terengganu.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara JBG Terengganu dengan pihak Mahkamah serta membincangkan beberapa isu-isu semasa yang berkaitan dengan pentadbiran kes-kes sivil di negeri ini serta sempena Pengarah JBG yang baru melaksanakan tugas di JBG Terengganu.
Pihak JBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Mahkamah Negeri Terengganu diatas kerjasama berterusan bersama JBG Terengganu dan terus diperkasakan pada masa akan datang.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n