jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Majlis Apresiasi dan Penyampaian Pensijilan Professional Sulh-Mediasi (USIM-JKSM)

5 Mei 2025- Majlis Apresiasi dan Penyampaian Pensijilan Professional Sulh-Mediasi (USIM-JKSM) kepada 28 orang pegawai dan pengantara JBG telah diadakan di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, Nilai Negeri Sembilan. Majlis ini telah dianjurkan oleh pihak USIM,JKSM dan JBG bagi meraikan peserta yang telah berjaya melepasi penilaian bagi pensijilan ini. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YAA Dato' Haji Amran bin Haji Mat Zain Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM ,YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifuddin Md. Shaarani Naib Canselor USIM, YBhg. Dato' Norazmi bin Mohd Narawi Ketua Pengarah JBG, YBhg. Prof. Dato Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh Timbalan Naib Canselor USIM dan YBrs. Prof. Madya Dr. Hendun Abd Rahman Shah selaku Ketua Projek Kursus Profesional Kemahiran Sulh-Mediasi (USIM-JKSM). Semoga dengan kejayaan ini pengendalian pengantaraan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n