jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Lawatan Kerja YBHG. Dato' Ketua Pengarah JBG ke JBG Cawangan Sibu

11 Jun 2025 - Lawatan Kerja YBHG. Dato' Ketua Pengarah JBG ke JBG Cawangan Sibu, Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif mendekati lapangan, di mana Ketua Pengarah berkesempatan meninjau suasana tempat kerja, menyampaikan amanat dan kata-kata semangat, serta berinteraksi secara langsung bersama warga kerja JBG Sibu yang diketuai oleh Puan Norhayati binti Abu, Penolong Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Sibu.
Dalam sesi pertemuan tersebut, YBhg. Dato’ turut menekankan kepentingan integriti, keberadaan di pejabat, pengurusan kewangan peribadi penjawat awam serta etika profesionalisme di tempat kerja. Beliau menyeru semua warga JBG agar terus menjunjung nilai akauntabiliti dan amanah dalam menyampaikan khidmat kepada masyarakat.
Selain itu, satu lawatan tapak ke premis cadangan baharu bagi tahun 2026 turut diadakan sebagai langkah awal menilai keperluan dan kesesuaian lokasi demi kelancaran operasi pada masa hadapan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’, YBrs. Puan Timbalan Ketua Pengarah, Puan Pengarah Negeri Sarawak dan semua delegasi atas kehadiran, teguran membina dan dorongan yang pastinya menyuntik semangat baharu kepada seluruh warga kerja di JBG Sibu. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n