jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Siri Jelajah Justice On Wheels 2025 di Felda Serting Hilir, Negeri Sembilan

FELDA SERTING HILIR, 22 Jun 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Sembilan meneruskan inisiatif Justice On Wheels (JOW) 2025 dengan membuka kaunter khidmat guaman bergerak di Felda Serting Hilir pada 21 dan 22 Jun 2025.

Program dua hari ini diadakan bersempena Karnival Sentuhan Madani Felda Zon Serting Hulu, yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias. Program tersebut bertujuan memupuk semangat kebersamaan antara warga Felda dan Kerajaan Negeri Sembilan, di samping menyampaikan maklumat serta perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada masyarakat setempat.

JBG Negeri Sembilan telah menyediakan khidmat nasihat guaman secara percuma, meliputi isu-isu berkaitan undang-undang sivil dan syariah. Pegawai yang terlibat termasuk Puan Nur Syuhada binti Ahmad Sukri (Pegawai Syariah), Puan Anis Suriatie binti Mohd Nasir (Penolong Pegawai Undang-undang), serta dibantu oleh Encik Azri bin Mohd Hamdan dan Puan Norrizan binti Bidin.

Penganjuran program ini turut membuka ruang kepada warga Felda untuk mendekati JBG dan memahami dengan lebih jelas peranan agensi dalam membantu rakyat mendapatkan akses kepada keadilan.

JBG Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur utama, semua agensi yang terlibat, serta penduduk setempat atas sokongan yang diberikan. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n