jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Kunjungan Hormat JBG Melaka ke Pejabat Ketua Menteri Negeri Melaka

MELAKA, 1 Julai 2024 (Selasa) – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Melaka telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Yang Berhormat Tuan Khairul Azreem bin Mamat.

Delegasi JBG Melaka diketuai oleh Pengarahnya, Tuan Muhammad Qaiyum bin Ramlan. Beliau turut diiringi oleh dua pegawai kanan jabatan, iaitu Puan Faizah binti Md Yusof dan Puan Norhazilawati binti Alias.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara JBG Melaka dan Pejabat Ketua Menteri serta mempertingkat kerjasama strategik dalam memperluas akses kepada keadilan bagi masyarakat di negeri ini.

Pertemuan turut membuka ruang perbincangan berhubung usaha bersama dalam pemerkasaan khidmat bantuan guaman serta peranan JBG dalam menyokong agenda kerajaan negeri ke arah kesejahteraan rakyat.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n