
Pekerja Contoh JBG Januari 2017
Nama : Puan Siti Farazalita binti Sulaiman
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Muar
Jawatan/Gred : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Ringkasan Pencapaian Pegawai -
Pegawai ini telah berjaya menyediakan dan memperaku penyata pemungut mengikut sasaran kerja beliau bagi bulan Januari 2017 iaitu sebanyak dua kali sebulan dengan memastikan jumlah wang hasil tidak melebihi RM 500.00. Pegawai ini juga menyediakan laporan hasil bulanan dan dikemukakan ke Ibu Pejabat mengikut tempoh masa yang ditetapkan iaitu pada setiap akhir bulan. Selain itu, beliau sentiasa memastikan setiap tuntutan yang disemak adalah lengkap dan diposkan ke Ibu Pejabat mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu sebelum 6hb pada bulan berikutnya dan pada bulan Januari 2017, tuntutan telah dihantar ke Ibu Pejabat pada 26 Januari 2017. Selain daripada itu, pegawai ini juga berjaya menguruskan terimaan hasil sehari sekali dengan memastikan jumlah wang terimaan adalah sama dengan jumlah terimaan dan semua laporan dijana dan disemak.
Pekerja Contoh JBG September 2016
Nama | : | Nur Ashikin Binti Zulkifli |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang |
Jawatan / Gred | : | Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) Gred N19 |
Ringkasan Pencapaian Pegawai
Pegawai ini telah berjaya menyiapkan 30 kes bicara bagi bulan September 2016 melebihi sasaran beliau iaitu sebanyak 10 bilangan kes bicara sahaja. Selain itu, pencapaian dalam bidang tugas beliau juga dapat dilihat berdasarkan 70 fail kes yang telah disediakan dengan lengkap dan teratur oleh pegawai ini hanya dalam tempoh 5 hari sahaja dan seterusnya dimasukkan ke dalam sistem SPK juga dalam tempoh 5 hari. Pegawai ini juga telah mendaftarkan sebanyak 20 kes Sivil dan Jenayah sepanjang bulan September 2016 di Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang.