jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Salam persaraan dari perkhidmatan awam dan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBhg Tan Sri  Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan

11 November 2024, Isnin, Pengurusan Jabatan Bantuan Guaman dan seluruh pegawai undang-undang di JBG mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas keprihatinan YBhg Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh berhubung hal ehwal kebajikan pegawai-pegawai perundangan yang berkhidmat di JBG sepanjang perkhidmatannya sebagai Peguam Cara Negara dan seterusnya sebagai Peguam Negara. JBG mengucapkan salam persaraan dari perkhidmatan awam dan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBhg Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan jua. Moga-moga YBhg Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh terus cemerlang dalam kerjaya kehakiman dan seterusnya mencapai kejayaan yang mengharumkan nama negara di persada kehakiman dan perundangan antarabangsa.
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n