JABATAN BANTUAN GUAMAN, Jabatan Perdana Menteri, Aras 1, Bangunan Hal Ehwal Undang Undang, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62692, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Salam persaraan dari perkhidmatan awam dan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBhg Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan
11 November 2024, Isnin, Pengurusan Jabatan Bantuan Guaman dan seluruh pegawai undang-undang di JBG mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas keprihatinan YBhg Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh berhubung hal ehwal kebajikan pegawai-pegawai perundangan yang berkhidmat di JBG sepanjang perkhidmatannya sebagai Peguam Cara Negara dan seterusnya sebagai Peguam Negara. JBG mengucapkan salam persaraan dari perkhidmatan awam dan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBhg Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan jua. Moga-moga YBhg Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh terus cemerlang dalam kerjaya kehakiman dan seterusnya mencapai kejayaan yang mengharumkan nama negara di persada kehakiman dan perundangan antarabangsa.