jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Program Santuni Madani: Program Satu Pemimpin Satu Kampung bersama Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

18 Januari 2025,  Sabtu, Pasir Puteh, Kelantan. Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Kelantan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan untuk menyertai program Santuni Madani: Program Satu Pemimpin Satu Kampung bersama Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Januari 2025 di SMU(A) Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh, Kelantan. Melalui program ini, JBG Kelantan telah berpeluang memberikan akses kepada keadilan tanpa mengira latar belakang kepada masyarakat.
Antara khidmat yang diberikan termasuk nasihat perundangan berkaitan sivil dan syariah, meliputi isu seperti perceraian, hak jagaan anak, pusaka kecil, tuntutan pengguna, dan banyak lagi. Sambutan hangat daripada peserta membuktikan keperluan masyarakat terhadap bantuan perundangan yang mudah diakses. Kami juga amat berbesar hati menerima sijil penghargaan daripada JKSM sebagai pengiktirafan terhadap penyertaan dan sumbangan JBG Kelantan dalam program ini. Penghargaan ini menjadi dorongan untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab memberikan khidmat guaman dengan penuh dedikasi. Selaras dengan slogan kami, "Yang Jauh Didekati, Yang Dekat Disantuni," JBG Kelantan komited untuk terus mendekati dan menyantuni semua lapisan masyarakat.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n