Program Santuni Madani: Program Satu Pemimpin Satu Kampung bersama Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
18 Januari 2025, Sabtu, Pasir Puteh, Kelantan. Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Kelantan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan untuk menyertai program Santuni Madani: Program Satu Pemimpin Satu Kampung bersama Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Januari 2025 di SMU(A) Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh, Kelantan. Melalui program ini, JBG Kelantan telah berpeluang memberikan akses kepada keadilan tanpa mengira latar belakang kepada masyarakat. |
|