SOALAN LAZIM BAGI FI DAN SUMBANGAN DI JABATAN BANTUAN GUAMAN

 

  1. Berapakah fi pendaftaran bagi khidmat bantuan guaman di bawah kendalian Jabatan Bantuan Guaman?

 

Fi pendaftaran bagi khidmat bantuan guaman di bawah kendalian JBG adalah seperti berikut:

Khidmat Bantuan Guaman

Fi (Ringgit Malaysia)

Nasihat guaman

10

Bantuan guaman litigasi (Sivil/Syariah/Jenayah)

10

Pengantaraan

10

Pendamping guaman

10

(Rujukan: Peraturan 2 dibaca bersama Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) 2017 [P.U.(A) 371/2017])

  1. Apakah kelayakan untuk mendapatkan bantuan guaman?

 

Terdapat dua (2) kategori kelayakan untuk mendapatkan bantuan guaman iaitu:

  1. Kategori I - Sumber kewangan tahunan yang berjumlah RM30,000 dan ke bawah; dan
  2. Kategori II - Sumber kewangan tahunan melebihi RM30,000 tetapi tidak melebihi RM50,000

(Rujukan: Peraturan 4 (4), Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan Ujian Kemampuan) 2017]

 

  1. Apakah perbezaan antara Kategori I dan Kategori II di atas?

 

Pemohon di bawah Kategori I hanya perlu membayar fi pendaftaran dan dikecualikan daripada membuat sumbangan, manakala pemohon di bawah Kategori II perlu membayar fi pendaftaran dan juga sumbangan.

(Rujukan: Subperaturan 4(5), Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan Ujian Kemampuan) 2017 [P.U.(A) 370/2017])

  1. Berapakah amaun sumbangan yang perlu dibayar oleh pemohon di bawah Kategori II?

 

Amaun sumbangan yang perlu dibayar oleh pemohon adalah tertakluk kepada Ujian Kemampuan yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat untuk mengetahui sumber kewangan dan tanggungan pemohon. Jadual Kedua,                               Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) 2017 [[P.U(A) 371/2017] memperuntukkan amaun sumbangan adalah seperti yang berikut:

Kategori

Sumber Kewangan

Pendaftaran

Sumbangan

Pertama

RM30,000 setahun dan ke bawah

RM10.00

-

Kedua

RM30,001 hingga RM35,000 setahun

RM10.00

RM500.00 – RM2,000.00

Ketiga

RM35,001 hingga RM40,000 setahun

RM10.00

RM2,001.00 – RM3,000.00

Keempat

RM40,001 hingga RM50,000 setahun

RM10.00

RM3,001.00 – RM5,000.00

Kelima

Melebihi RM50,000 setahun

(perlu mendapat kelulusan Menteri)

RM10.00

RM5,001.00 – RM50,000.00

(Rujukan: Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) 2017[P.U(A) 371/2017]

  1. Apakah sumber kewangan dan tanggungan pemohon yang diambil kira dalam Ujian Kemampuan?

 

Sumber kewangan yang diambil kira bagi Ujian Kemampuan adalah gaji dan lain-lain pendapatan pemohon, manakala tanggungan pemohon yang diambil kira adalah sumbangan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), cukai pendapatan yang dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta pinjaman perumahan pertama dan tanggungan isi rumah.

(Rujukan: Peraturan 4 dan Jadual, Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan Ujian Kemampuan) 2017 [P.U.(A) 370/2017] dan Arahan Ketua Pengarah Bil.4 tahun 2018: Tatacara Kendalian Piawaian Ujian Kemampuan)

  1. Adakah amaun sumbangan boleh dibayar secara ansuran?

 

Sumbangan hendaklah dibayar bagi suatu jumlah wang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri bagi maksud mentadbir khidmat bantuan guaman. Selain itu, menurut subperaturan 3(2) Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) 2017[P.U(A) 371/2017], amaun sumbangan yang dikenakan hendaklah dibayar kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman.

(Rujukan: Seksyen 18, Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] dan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) 2017 [P.U.(A) 371/2017]).

  1. Apakah yang akan berlaku sekiranya pemohon gagal untuk membayar sumbangan yang ditetapkan?

Jika pemohon gagal untuk membayar sumbangan dalam tempoh 30 hari, perakuan bantuan guaman kepada pemohon akan dibatalkan.

(Rujukan: Perenggan 7(1)(b), Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman 2017 [P.U.(A)369/2017])