Mesyuarat Pengurusan Skim Bantuan Guaman Syarie
13-15 Februari - JBG telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Skim Bantuan Guaman Syarie Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Lembaga Zakat Negeri (LZN) Siri 1 Tahun 2024 di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Mesyuarat ini juga telah dipengerusikan oleh Tuan Zaim bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) dan dihadiri oleh beberapa Pengarah Bahagian, Pengarah JBG Negeri dan Ketua Cawangan JBG.