Reruai JBG Terengganu di UiTM Kuala Terengganu
5 Mac 2024 - Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Terengganu telah menyertai reruai di UITM (Kampus Kuala Terengganu) Sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Terengganu 2024. Pegawai bertugas adalah Puan Asmaulfajriah binti Ali @ Mat Ali, Puan A'Thifah binti Ibrahim dan Encik Ton Abdul Rashid bin Ton Othman. Pihak JBG Terengganu merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih KEPADA pihak Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Terengganu dan UITM (Kampus Kuala Terengganu) diatas kolaborasi bersama JBG dan diharapkan akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.