Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024
8 Mac 2024 - Jabatan Bantuan Guaman Selangor telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024(SHWA2024) bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya, Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato` Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia. Terima kasih Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pendidikan YB, Fadhlina Sidek dan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sudi meluangkan masa di reruai kami. Pegawai bertugas adalah En. Asrul Nizam bin Abdullah, Penolong Pegawai Undang-undang, En Muhammad Amirul bin Faizal dan Encik Dzulkarnain bin Maarup, Pembantu Tadbir JBG Selangor.