Program Justice On Wheels (JOW) Jabatan Bantuan Guaman Sabah
11 Mei 2024 (Sabtu): Program Justice On Wheels (JOW) Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah telah diadakan di Astaka Esplanade Sipitang, Sabah yang dihadiri oleh Ketua Pengarah JBG, Dato' Norazmi bin Mohd Narawi. Program JOW ini juga adalah salah satu usaha mempromosikan aktiviti JBG seterusnya melonjakkan lagi visi dan misi JBG bagi memberi perkhidmatan guaman yang berkualiti dan profesional bagi menjamin akses kepada keadilan. Pihak JBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Sipitang dengan kerjasama yang diberikan dan kepada semua warga daerah Sipitang dan sekitarnya yang telah datang berkunjung pada hari tersebut.