Kursus Pengurusan Kes JBG Tahun 2024
13-15 Mei 2024- Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah) telah mengadakan Kursus Pengurusan Kes JBG Tahun 2024 di Klana Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Kursus ini telah dihadiri oleh Pegawai Syariah dan Penolong Pegawai Syariah dari seluruh cawangan JBG di Malaysia. Turut hadir adalah Tuan Zaim bin Md Yudin Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) selaku Pengerusi dan Puan Rosedalliyaty binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah) sebagai Penyelaras Program.