Klinik Guaman JBG Terengganu
Selasa : 25 Jun 2024 - Hari ini JBG Terengganu telah mengadakan Klinik Guaman kepada warga Kemaman bertempat di Pejabat Agama Daerah Kemaman, Terengganu. Beberapa kes yang melibatkan pelanggan telah berjaya didaftarkan melalui sesi khidmat nasihat undang- undang dan juga pendaftaran kes kepada yang layak untuk diwakili di Mahkamah. Pihak JBG Terenggganu merakamkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Agama Daerah Kemaman diatas kolaborasi bersama JBG dan diharapkan akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.