Program Mahligai Sejahtera Keluarga Mualaf Anjuran Bersama Pertubuhan Kebajikan Prihatin Kedah (PKPK) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
Rabu, 26.06.2024 : Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah dijemput menjadi panel penceramah di dalam Program Mahligai Sejahtera Keluarga Mualaf Anjuran Bersama Pertubuhan Kebajikan Prihatin Kedah (PKPK) Dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang bertempat di Dewan Dato’ Syeikh Mahmood Naim, Aras 1 Menara Zakat, Alor Setar. Program telah dirasmikan oleh Encik Yusuf bin Ahmad, Penolong Ketua Pegawai Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Program ini telah berjaya melibatkan penyertaan seramai 150 orang di kalangan 75 pasangan muallaf bagi tempoh 5 tahun ke bawah. Penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pertubuhan Kebajikan Prihatin Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah di atas amanah dan kepercayaan yang diberikan.