jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Dr Mohamad bin Abdul Hamid

 
20 November 2024 (Rabu) - Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Dr Mohamad bin Abdul Hamid yang disertai oleh Ketua Pengarah JBG, YBhg Dato Norazmi bin Mohd Narawi, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz dan bersama delegasi dari Ibu Pejabat dan JBG Pulau Pinang telah diadakan pada hari ini. Delegasi JBG telah disambut oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Dr Mohamad bin Abdul Hamid. Pertemuan ini telah membincangkan cadangan kerjasama strategik bagi mewujudkan kolaborasi antara JBG dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan bantuan guaman terutamanya yang melibatkan pengendalian kes-kes syariah bagi golongan asnaf.
Pihak JBG amat berharap agar kerjasama ini dapat di teruskan dan ditingkatkan pada masa hadapan selaras dengan hasrat JBG untuk memudahkan golongan asnaf mendapat akses kepada bantuan guaman secara lebih menyeluruh. Kunjungan ini menggambarkan usaha berterusan JBG Dan Kerajaan Pulau Pinang dalam memperkukuh hubungan kerjasama demi kesejahteraan golongan asnaf yang memerlukan khidmat undang-undang.
449818139 910561831117426 3226363602148916537 n 449818139 910561831117426 3226363602148916537 n
449833528 910561897784086 8746185291478167568 n