jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah Sertai Program Santuni Madani di PPR Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah

Isnin, 2 September 2024, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah dijemput untuk menyertai Program Santuni Madani yang diadakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu, Sungai Petani. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara dan dirasmikan oleh Peguam Negara, YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh.
Turut serta dalam program pada hari ini ialah, YBhg. Dato' Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara, YBhg. Dato' Umar Saifuddin bin Jaafar, Peguam Cara Negara II, semua Ketua Bahagian AGC, YBhg. Dato' Khairul Anuar Abdul Halim, Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah dan YBhg. Dato' Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmood, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah dan YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman.
Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah yang diwakili oleh Tuan Mohd Zaki bin Abd Rahman, Pengarah JBG Kedah bersama 8 orang pegawai dan kakitangan mengambil bahagian dengan membuka reruai pameran dan menyediakan khidmat nasihat guaman kepada penduduk setempat, terutama yang berhadapan dengan isu perundangan. Ini adalah selaras dengan objektif jabatan untuk memastikan keadilan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang ekonomi.
Beberapa agensi kerajaan lain turut serta dalam program ini seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman (YBGK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jabatan Bantuan Guaman juga telah membawa van bergerak JBG iaitu Justice on Wheels (JoW) yang menyediakan perkhidmatan memberikan bantuan nasihat guaman bergerak.
Program JoW merupakan komitmen Kerajaan MADANI dalam memberikan akses kepada keadilan bagi setiap lapisan masyarakat tidak kira di mana mereka berada. Ini bermakna program ini memberi manfaat kepada rakyat yang tinggal jauh di pedalaman dalam mendapatkan perkhidmatan bantuan guaman yang diberikan oleh JBG yang dahulunya hanya boleh diakses apabila hadir ke pejabat JBG yang kebanyakannya terletak di kawasan bandar. Ini sesuai dengan cogan kata JBG iaitu “Yang Jauh Didekati, Yang Sulit Disantuni".

457791686 952076200299322 5703577230184680079 n 457876506 952075973632678 651804627262352634 n
457882926 952076100299332 830675275275438207 n 458103691 952076160299326 222888961206218951 n
458108522 952076146965994 5372314374496981823 n 458228505 952076113632664 16731636102833371 n
458318467 952076190299323 6023811525091163464 n 458364096 952076120299330 1774915559269003397 n