Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah
Selasa, 1 Oktober 2024, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Selangor telah dijemput dalam Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah di mana Tuan Mohd Hisham bin Zakaria, Pegawai Syariah Jabatan Bantuan Guaman Selangor telah berkongsi berkaitan “Peranan JBG Dalam Membantu Wanita Dan Anak-anak Terhadap Tuntutan Nafkah”. Seminar ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Dewan Serbaguna Dato’ Ahmad Razali, Klang, Selangor. Program ini telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Mohamad Adib bin Hussain, Ketua Hakim Sharie Selangor. |
|