Literasi Undang-Undang JBG Terengganu, Akta Dan Hukuman Keganasan Rumah Tangga Dan Penderaan Kanak- Kanak
Khamis 03 Oktober 2024 - JBG Terengganu terus melaksana perkhidmatan dan peranan sekitar program Literasi Undang-Undang bersama warga Hospital Kemaman bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN Kampus Wilayah Timur). Ceramah bertajuk "Akta Dan Hukuman Keganasan Rumah Tangga Dan Penderaan Kanak- Kanak" telah disampaikan oleh Pengarah JBG Terengganu Puan Zulfazliah binti Mahmud. Ribuan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan INTAN Kampus Wilayah Timur kerana sudi berkolaborasi bersama JBG Terengganu untuk kita berusaha melahirkan generasi madani yang celik undang-undang dan tinggi sahsiah diri. | |