Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang
19 November 2024 (Selasa) - Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada hari ini dengan diketuai oleh Ketua Pengarah JBG, Dato Norazmi bin Mohd Narawi bersama pegawai-pegawai JBG dari Ibu Pejabat dan JBG Pulau Pinang. Delegasi JBG telah disambut oleh Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Y.A.A Tuan Zaim bin Md Yudin. Delegasi JBG telah diberi taklimat berkaitan Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Pertemuan mahabbbah ini juga membincangkan beberapa perkara bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan bantuan guaman terutamanya yang melibatkan pengendalian kes-kes syariah dan juga program klinik guaman JBG. Pertemuan ini merupakan satu usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama yang telah lama terjalin.Semoga jalinan yang disemai terus kukuh dan berkekalan untuk manfaat rakyat yang memerlukan khidmat undang-undang. | |