Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Miri di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri
21 November 2024 (Khamis)- Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Miri telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri. Kunjungan ini diketuai oleh Penolong Pengarah JBG Cawangan Miri, Tuan Muhammad Firman bin Mohd Siril Asror, Pembantu Syariah Encik Muhammad Ridhzuan bin Mohd Salehin dan Encik Ahmad Shadiqin bin Ali Rahman. Tujuan program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara Jabatan Bantuan Guaman dengan PDRM serta memberi penerangan mengenai khidmat Pendamping Guaman. | |