Bicarawara Literasi Undang-Undang "Wanita dan Hak"
21 November 2024 (Khamis) - Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) UniSZA bersama Jabatan Bantuan Guaman Negeri Terengganu sebagai rakan strategik telah melaksanakan Program Bicarawara Literasi Undang-Undang bertajuk “Wanita dan Hak” . 200 peserta terdiri daripada NGO, Persatuan Ibu Tunggal, Warga dan Mahasiswa UniSZA, asnaf dan mualaf wanita dari Unit Saudara Kita Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Mahasiswa Fakulti Undang-Undang dari BINUS/UNILA Jakarta, Indonesia di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu. Pembukaan booth dan klinik guaman JBG Terengganu juga turut dijalankan bersama Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) bagi memberikan perkhidmatan kepada golongan sasaran. Sesi taklimat berkaitan “Isu Wanita dan Perundangan Sivil" disampaikan oleh Peguam/Pegawai Undang- undang JBG Terengganu, Puan Nur Amalina Najwa binti Mohd Ali. Manakala Sesi taklimat kedua bertajuk " Isu Wanita dan Perundangan Syariah" pula telah disampaikan oleh Pegawai Syariah/ Peguam Syarie Persekutuan JBG Terengganu Puan Zuraidah binti Embong. Seterusnya sesi taklimat berkaitan undang-undang dan hak Wanita turut diadakan melibatkan penerangan dari pihak BSK JKSTR dan juga Persatuan Peguam Syarie Terengganu (PPST). Turut diadakan adalah sesi dialog dan soal jawab berkaitan isu undang-undang dan pengalaman para Peguam/Peguam Syarie di JBG mengendalikan pelbagai kes melibatkan Sivil, Jenayah dan Syariah di lapangan. Pihak JBG Terengganu merakamkan setinggi tinggi penghargaan diatas kerjasama erat yang terjalin diantara FUHA UniSZA dan JBG Terengganu. Semoga pelbagai kolaborasi mendatang akan terus diperkasakan untuk manfaat semua pihak. |
|